Syukur Alhamdulillah pada hari ini bersamaan hari Khamis, 28 November 2019, seramai 8 orang pelajar yang menyertai Program Madrasah Daulah yang diiringi oleh seorang pengiring, Ustaz Iqbal telah berangkat ke Kaherah, Mesir daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 9.40 pagi.
.
Para pelajar berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seawal 6 pagi untuk mendengar taklimat ringkas daripada Tuan Syed Fuad dan bacaan doa oleh Ustaz Iqbal sebelum berlepas ke Mesir.
.
Terdapat juga ibu bapa dan sanak saudara yang turut hadir untuk menghantar pelajar yang akan menyertai Program Madrasah Daulah di Kaherah, Mesir.
.
Diharapkan agar pelajar-pelajar dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dipermudahkan urusan mereka di sana. Selamat maju jaya diucapkan daripada team kami Daulah Educonsult.
.
Anda berminat nak belajar di luar negara seperti mereka?. Daulah Educonsult semestinya dapat memenuhi impian anda!. Ayuh! Daftar segera untuk sesi kemasukan Januari 2020.
.
#DaulahEduconsult #MadrasahDaulah #belajarluarnegara