Alhamdulillah selesai sudah program orientasi yang berlangsung 13 Disember 2019 di pejabat Daulah Educonsult Sdn Bhd di Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur.

Taklimat disampaikan oleh Ustaz Syed Fuad, dan bermula dengan penerangan mengenai program Madrasah Daulah dan penerangan pembelajaran di Madrasah Daulah.

Program orientasi dijalankan bertujuan memastikan pelajar memahami konsep pengajian di Madrasah Daulah, Maahad Buuth dan seterusnya ke Al-Azhar University.

Program dihadiri 2 orang pelajar yang bakal terbang pada 26 Disember. Pelajar tersebut adalah Afifi 17 tahun dan Syaabani 18 tahun. Keduanya baru lepasan SPM dan merancang untuk ke Maahad Buuth bagi menyambung pengajian dalam bidang agama kelak menggunakan result Maahad Buuth.

Apa-apa pun pelajar wajib bermula dengan Madrasah Daulah untuk persediaan bagi memantapkan bahasa arab dan pengajian Al-Quran terlebih dahulu sebelum mengambil ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Tempoh masa dianggarkan dalam 8 bulan ke 12 bulan untuk persediaan, dan yang paling awal 3 bulan menunggu.


Alhamdulillah diucapkan semoga keduanya berjaya dalam pembelajaran mereka di bumi Mesir dan berjaya dunia mahupun diakhirat kelak. Dan mampu membawa ilmu yang dipelajari ke persada dunia serta mampu memberikan manafaat kepada semua kaum keluarga dan masyarakat.