Alhamdulillah, pelajar perempuan kita di Madrasah Daulah iaitu adik Hazryna Natasha dinobatkan sebagai pelajar cemerlang bulanan. 

Tahniah diucapkan kepada adik kita ini ya. Berumur 21 tahun telah membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth. Berani mengambil keputusan untuk belajar di bumi Mesir dan hidup berdikari di negara orang.

Seorang yang ceria dan periang orangnya dan mempunyai perwatakan yang baik serta menunjukkan kesungguhannya untuk menimba ilmu di bumi para anbiya’ ini membuatkan beliau dipilih masuk sebagai salah seorang pelajar kami di Madrasah Daulah.

Semoga dengan anugerah yang diberikan ini dapat memupuk beliau untuk terus belajar dan berjaya memperoleh ilmu dan kejayaan di sana. Amin. 

Kemasukan seterusnya dibuka untuk pengambilan Feb/Mac 2020. Terhad 7 orang pelajar yang mempunyai kesungguhan untuk belajar dan mampu mengikut peraturan.