Tanggal 31 Ogos adalah tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia sebagai sambutan ulang tahun negara yang bebas daripada cengkaman penjajah. Dan juga tahun 2020 melakarkan sejarah buat seluruh dunia akibat ancaman pandemik. Malaysia juga tidak terkecuali dalam menghadapi ancaman wabak Covid-19 ini.

Kita mampu melawan wabak ini jika kita mempunyai sikap bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain. Kita pasti menang! Selagi kita dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara, kita semua adalah hero. Semoga negara kita segera bebas dari wabak Covid-19 yang melanda negara.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63

#MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #DaulahEduconsultbersamaAnda #JagaPenjarakkanFizikal #MadrasahDaulah