Menuntut ilmu perlu berguru lebih-lebih lagi jika belajar berkenaan agama Islam. Daulah Educonsult tawarkan kepada anda untuk menyambung pelajaran di dalam bidang Pengajian Islam di Mesir menerusi Program Madrasah Daulah.

Program Madrasah Daulah adalah antara platform lain yang boleh anda sertai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar. Fokus terakhir bagi program Madrasah Daulah adalah pelajar dalam melanjutkan pengajian terus ke Universiti Al-Azhar.

Di Madrasah Daulah, pelajar akan menerima pembelajaran dan sertai aktiviti harian yang mampu untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam pendidikan terutama Bahasa Arab dan sahsiah diri pelajar. Aktiviti yang dijalankan sepanjang pelajar berada di Madrasah Daulah adalah :

📖 Tahfizul Qur’an
📖 Tahsinul Qur’an
📖 Talaqqi Dalaman
📖 Pengajian Umum
📖 Program Study Tour
📖 Pengajian Bahasa Arab
📖 Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Pelajar berada akan berada di Madrasah Daulah sehingga nama pelajar dipanggil untuk menjalani Ujian Imtahan Qabul. Ujian ini bakal menentukan perjalanan pelajar yang seterusnya. Pelajar yang lulus dengan cemerlang akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Bagi pelajar yang kurang cemerlang pula, pelajar akan meneruskan aktiviti pemantapan diri di Dirosah Khossoh.

Di Dirosah Khossoh, pelajar akan dilatih untuk lebih memantapkan diri sebelum memasuki Maahad Buuth. Dirosah Khossoh adalah sebuah institusi untuk pra-menengah. Pelajar akan membuat persiapan dan bakal menjalani lima peringkat tingkatan pra-menengah. Kenaikan peringkat adalah bergantung kepada prestasi pelajar.

Maahad Buuth pula adalah sekolah menengah antarabangsa Islam. Maahad Buuth meletakkan pelajar-pelajar daripada pelbagai negara yang mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memasuki Universiti Al-Azhar. Pembiayaan pelajaran selama enam tingkatan ini akan diuruskan di bawah pengurusan institusi ilmu Al-Azhar.

Justeru, bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar boleh terus melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar di dalam bidang pengajian Islam. Antara bidang pengajian yang boleh dipilih oleh pelajar adalah Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah.

Pendaftaran kemasukan ke Madrasah Daulah adalah terbuka kepada pelajar yang berumur daripada 12 sehingga 21 tahun. Pendaftaran kemasukan tidak memerlukan sebarang sijil pendidikan. Jika anda mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar di dalam bidang agama Islam, anda boleh mendaftarkan diri bagi Program Madrasah Daulah ini.

Pendafataran bagi kemasukan sesi 2021 masih dibuka. Daftar segera sebelum kuota penuh. Jika anda betul-betul berminat, pra-pendaftaran boleh dilakukan di https://bit.ly/2NKhn8L.

Namun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult di :

Website utama Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Madrasah Daulah
Facebook : Madrasah Daulah
Website : https://madrasahdaulah.com/

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.