Program Madrasah Daulah adalah satu program buat pelajar yang dijalankan di Mesir dengan tujuan utama untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir. Program ini adalah antara jalan lain buat pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam pengajian Islam di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

madrasah daulah

Program ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur sekitar 12 sehingga 21 tahun. Pembelajaran di program ini boleh mengambil sehingga 6 tahun tidak termasuk pengajian di Universiti Al-Azhar.

Namun, jika pelajar sudah mempunyai asas Bahasa Arab, mungkin masa pembelajaran akan menjadi pendek. Madrasah Daulah adalah sebuah platform buat pelajar untuk sambung pengajian di Mesir.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan di Madrasah Daulah. Antara aktivit yang dijalankan adalah:

  • Tahfizul Qur’an
  • Tahsinul Qur’an
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Program ini direka untuk mendidik dan membentuk sahsiah diri murid yang berkelana berseorangan ke negara luar. Disiplin pelajar juga akan dibentuk mengikut suasana Muslim yang sejati.

Pelajar akan tetap di Madrasah Daulah sehingga nama dipanggil bagi menjalani Ujian Imtihan Qabul. Ujian Imtihan Qabul ini adalah untuk menguji penguasaan pelajar di dalam Bahasa Arab.

maahad buuth

Melalui Ujian Imtihan Qabul, pelajar akan dinilai sama ada layak atau tidak untuk memasuki Maahad Buuth.

Maahad Buuth adalah sekolah menengah antarabangsa Islam yang menghimpunkan ramai pelajar daripada luar negara. Pelajar yang telah lulus cemerlang di dalam Ujian Imtihan Qabul akan meneruskan pengajian di Maahad Buuth yang mempunyai enam tingkatan.

Bagi pelajar yang kurang cemerlang, mereka akan ditempatkan di Dirsosah Khsossoh untuk terus membuat persiapan. Pelajar tidak perlu bimbang kerana ramai daripada pelajar Malaysia akan belajar di Dirosah Khossoh terlebih dahulu sebelum memasuki Maahad Buuth.

Memandangkan Mesir mengamalkan sistem lompat, pembelajaran di dalam sesebuah kelas mungkin lebih menarik kerana wujudnya pergaulan di antara pelajar yang mempunyai perbezaan umur. Pembelajaran ini juga adalah berdasarkan prestasi dan keupayaan pelajar.

Semakin pantas pelajar itu memahami pembelajaran yang diadakan dan lulus pada setiap ujian, semakin pantas pelajar tersebut untuk menamatkan pengajian di Maahad Buuth.

al-azhar

Pelajar yang sudah menamatkan pengajian di Maahad Buuth akan boleh menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Justeru, tiada sijil pendidikan Malaysia yang diperlukan oleh pelajar untuk memasuki Universiti Al-Azhar ini.

Antara bidang pengajian Islam yang boleh dipilih pelajar adalah Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Pembelajaran di universiti adalah selama 4 tahun.

Pendaftaran untuk memasuki program Madrasah Daulah masih dibuka. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh mendaftarkan diri bersama Daulah Educonsult.

Anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult di :

Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Madrasah Daulah
Facebook : Madrasah Daulah
Website : https://madrasahdaulah.com/

Daulah Educonsult
Facebook : Daulah Educonsult 
Website : http://daulahmedic.com/